Wednesday, June 3, 2009

KISAH QUACK, QUACK

Assalamualaikum pembuka bicara..
Salam ceria salam sejahtera..apa khabar iman pada waktu ini?

Kali ini penulis ingin berkongsi satu kisah tentang sekawan angsa.Wahh..menarik..itulah yang terdetik kat fikiran penulis apabila membaca cerita ini.Penulis terjumpa artikel ni ketika sedang membelek BULETIN TARBIAH yang dibeli sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Waktu kecik-kecik dulu pernah jugak tengok citer nie dalam versi kartun kat tv.. yang die selalu cakap lepas habis citer tu “dibawakan oleh BPP”tapi maser tu just tengoklah tak pk lagi moral behind the story.

Sebelum nie pun sewaktu program kat UIA ,dah acap kali rasanya ditayangkan dalam bentuk slide show,tapi kali ini penulis nak bawa dalam bentuk cerita plak.mungkin dah ader yang baca kisah ni sebelum nie..takper bacalah lagi tak rugi pun,hehe ,moga-moga ilmu bertambah..

ALKISAHNYA BERMULA..

« Quack,quack…quack…quack.. »

Hafis mendongak ke atas.Sekumpulan angsa terbang ke arah barat pekan Morrisville.
“Abah,abah tengok tu..”Tangan ayahnya ditarik-tarik « Pandai angsa tu terbang,macam huruf V…”

Pak Ali mendongak ke ats dan melihat anaknya kembali. »Hafis tau kenapa diorang terbang macam tu ? »

Hafis menggeleng kepala.
« Bila mereka terbang macam tu,kuakan angsa yang kat depan sekali akan mengurangkan daya rintanagn angin yang kena kat semua angsa tu »

« Oooo…Jadi mereka terbang lagi lajulah bah ? »

« Haah bijak pun..bila mereka terbang dalam keadaan macam tu,70 kali lagi dikatakan lebih laju berbanding mereka terbang seorang diri sahaja. »

Hafis merenung sejenak. »Abah…kalau macam tu, angsa yang kat depan sekali tu mesti penat kan ? »
« Mesti la, sebab angsa yang kat depan sekali tulah paling berat sekali tugas dia berbanding angsa-angsa yang lain. »

Angsa-angsa yang lain tak tolong ke ?
« Heish, kalau diorang tak tolong,boleh mati kepenatan agaknya.lagipun diorang terbang bukannya dekat-dekat,jauh tu.. »

« Abis tu ? »

« Diorang ambil giliran la…nanti lepas beberapa ketika,angsa yang kat depan tu berundur dan angsa yang lain pulak ganti.. »

‘Ooo…kalau camtu, bolehlah angsa yang penat tadi berehat kan?
Pak Ali mengangguk setuju dan meneruskan bacaan ringannya petang itu…

Kita pernah tengok dalam TV..daffy Duck..ada orang jahat yang suka nak tembak dia..”
Pak Ali menoleh kembali..”Takde orang ke nak tembak angsa-amgsa yang terbang tu ,abah ?

Tanya Hafis kembali..semangat ingin tahu..
“hmm Wallaua’lam.kalau tak silap abah ,kat sini,nak tembak angsa ..kena ada musim dia…kena ada lesen ..tak boleh tembak masa gitu-gitu je..”
Muka Hafis masih berkerut seolah-olah tidak faham dengan apa yang diberitahu oleh ayahnya.
“Haa,nak tau tak apa jadi kalau salah seekor angsa tu kena tembak ke,atau penat sangat ke nak turun ke tanah berehat kejap?”Pak Ali cuba mengalihkan perhatian anaknya anaknya..

“Nak,nak….”

“Kalau ada salah seekor angsa kena tembak ke,cedera ke, penat nak berehat turun ke tanah ke,nanti ada dua ekor angsa akan turun sama-sama dengan angsa tu ke tanah. Dan tunggu sampai la angsa tu sihat balik…atau..”

Atau mati masa tu jugak?” sambung Hafis.Pak Ali mengangguk, sedikit lega anaknya sudah dibiasakan dengan perkataan itu.

“Kira jadik macam pengiringla, abah?”ha’ah…macam pengiring.”
“lepas tu, ada satu lagi fakta menarik pasal angsa nie…”Sambung Pak Ali « hafis pernah tengok telur angsa kan?”

“Eh,pernah pernah kat Malaysia dulu..Pak Ucu tunjuk..huuu.besar…besar ni haa bah.” Bersungguh-sungguh Hafis bercerita.Tersenyum Pak Ali melihat keletah anaknua itu.
”Angsa-angsa yang terbang tu ,biasanya diorang ni berhijrah sebab keadaan cuaca .dan diorang ni tak bawak telur diorang sekali.

Diorang tinggalkan kat tempat asal diorang?”

“Ha’ah..tapi dilindung dan disembunyi elok-elokla..”Pak Ali menyambung kembali.

Mengikut kajian,angsa-angsa yang berjaya pulang sahaja yang telur mereka akan menetas.
“Huish, kenapa ye macam tu abah?”

“Wallaua’lam…saintis pun tak dapat terangkan dari segi saintifiknya kenapa telur-telur angsa yang tak dapat balik ke tempat asal ,tak menetas macam telur-telur lain…mungkin sebab fikir dan kasih saying angsa-angsa tu dari jauh agaknya..”

oooo..”
“Hmm..banyak kita boleh belajar dari angsa kan abah?”

Betul tu…kan ke semua benda ni Allah tak ciptakan main-main..semua ada hikmah bagi siapa yang betul-betul nak fahamkan dan berfikir……”

Oklah…antara moral of the story yang dapat penulis belajar dari kisah ni ialah..

1) Keberkatan,kesenangan dan kemudahan terletak dalam berkumpulan ( jemaah ) .Apabila sesuatu kerja itu dibuat secara berkumpulan dan berorganisasi banyak masa dapat dijimatkan serta dapat mewujudkan kesatuan sesame umat islam..

Bahkan perlunya kerjasama dalam berkumpulan ini dalam menegakkan matlamat menegakkan khilafah islamiah di dunia ini.

Dalam hadis Muslim ada meriwayatkan

” Hendaklah kamu berada dalam jemaah, kerana sesungguhnya berjemaah itu adalah rahmat, sedangkan perpecahan itu merupakan azab..”

2) Tanggungjawab dapat dirasai bersama oleh semua ahli kumpulan.Tanggungjawab dalam satu-satu komuniti,satu-satu kumpulan,satu-satu jemaah ,bukannya terletak di bahu ketua seorang, bahkan terletak pada setiap punduk ahli yang lain..dengan cara ini ,seluruh pihak mendapat faedah.

3) Pentingnya sikap bantu- membantu serta mengambil berat keadaan setiap orang dalam komuniti .Juga pentingnya membahagi-bahagikan tanggunggjawab untuk membantunya bila dalam masalah..

bak kata wonderpet “APA YANG PENTING? KEERJASAMA!”
Kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah!heee WONDERPET!.....hehe

5 comments:

Abah Yie & Ummi Na said...

wah...bestnya baca citer angsa ni :) baby ummi na dlm perut ni pon tergelak-gelak kesukaan...sebabnya cik ewa dia bahasakan "diorang" kat angsa hehehe. jangan marah. baby suruh tulis cerita lagi nih....

cahaya bisikan rahsia said...

huhu terkejut baru post tak sampai setengah jam dah ader oram comment..hehe beyeh..nati cik ewa post lagi kalu ader kisah yang menarik deh ..mesti baby tu banyak tendang perut kat ina op sebab gelak bnyk sgt (^_^0

DaruL said...

hahaha...

best ewa.! mule2 part serius, last2 tergelak saya bile part wonderpet tu. hehehehehe terubat rindu.

tak sangka pulak pengajaran dia pasal berorganisasi(jamaah). tak terfikir pulak huda. ingatnya pasal kasih seorang ayh yg sabar layan celoteh anaknya. n jugak kasih sayang angsa kt telur dia--bile balik br menetas. SubhanAllah...

ingat daku dalam doamu...

nnti cik ewa post lg yeh. kawan cik ewa pun nak bace jugak hehehe

naz said...

ewaaaaaaaaaa..ak rindu padamu.. -nasuha zuraidi

nurseri said...

ewa!! c u d ipt