Wednesday, May 20, 2009

SAYONARA!..sekadar berceloteh

Pengalaman bekerja sambilan selama sebulan lebih banyak memberi pengajaran kat ana.Walaupun hanya sekejap, banyak pengalaman yang diperoleh kat sini.Ada yang manis ada yang pahit ada yang masam,masin, pedas, semua ada. (^_^)

Rutin harian ana bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.Apabila bekerja sendiri nie membuatkan diri ana lebih menghargai jasa ummi ngan abah selama ini yang bersusah payah membesarkan diri ini..Baru ana dapat rasa sendiri betapa penatnya bekerja nie..hu2

Selain itu ,antara pengalaman yang ana peroleh kat sini ialah cara-cara mengendalikan mesin.contohnya mesin susun kertas,rezo, mesin fotostat dan segala jenis mesinlah..hehe yang berkaitan ngan kertaslah..sekurang-kurangnya tahulah jugak nak start tekan butang mana,butang masterprint yamg mana,etc.

Apabila musim adik2 PASTI exam, kedai akan dipenuhi dengan kertas soalan PASTI yang berbukit-bukit…=)..Selepas itu kertas-kertas tersebut akan “distaplerkan” dan disimpan dalam bilik khusus..nasib baiklah ana tak amik exam ,kalau tidak pasti soalan bocor..hehe

Ana teringat bos ana pernah tanya tak boring ke buat kerja ni?
( stapler kertas 1000 lebih sehari)..Sebelum menjawab ana berfikir nak jawab camne ek..sebab honestly kadang-kadang tu agak membosankan.Akhirnya ana buat keputusan bagitau je apa yang ana rasa.

“erm boringlah gak kadang-kadang sebab buat benda sama je dalam sehari “

Lepas tu dia tersenyum,dan menasihatkan ana supaya menganggap semua kerja yang ana buat ni sebagai tarbiah kat diri .Anggapkan stapler, susun kertas ni sebagai tarbiah.
Kata-kata beliau buat ana berfikir..Macam mana nak kaitkan benda ni dengan tarbiah?

Hurm sebenarnya kalau kita selalu berfikir dan berfikir pasti kita akan nampak hikmah di sebalik setiap perbuatan itu.
Sebagai contoh yang ana nampak dari kerja ni untuk menambahkan pahala, berzikirlah .Cuba bayangkan kalau setiap helai kertas yang diambil diselangi dengan zikrullah atau selawat kepada Nabi betapa manfaatnya masa yang telah diiisi itu?SUBHANALLAH.Selain itu dapatlah jugak jari jemari tu bersenaman sekali sekala.

Betul,kalau nak diikutkan setiap perkara yang terjadi dalam hidup nie merupakan satu proses pentabiahan daripada Allah kepada setiap hambanya.Terpulang kepada diri kita samada nak mengambilnya sebagai iktibar atau dibiarkan sahaja.

Seorang hamba yang berkasih dengan Allah akan dilindungi olehNya dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan.Oleh itu sesiapa yang menerima ujian daripada allah hendaklah memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebagai tanda Dia masih mengingati dan menyayangi diri kita.

Seterusnya, kadang-kadang bila ada design yang kena buat,alamatnya sehari suntuklah ana mengadap PC ,tapi kerja ni bukan core sgt.kadang-kadang je..yang penting pengalaman ..sebab bila dah ada pengalaman serba sedikit tentang nie,kita akan nampak overviewnya macam mana nak buat.lepas nie just tajamkan lagi softskill yang ada.

Satu peristiwa yang ana tak leh lupa apabila ditengking seorang pelanggan dalam telefon.Suara dia macam terngiang-ngiang lagi kat lubang telinga nie.Pedih memang pedih tapi kena terimalah ,sebab ana pekerja baru serta banyak lagi yang tak tahu tentang PASTI ni.Bagi ana benda nie sebagai satu pengajaran yang bagus kat diri ana supaya lepas nie tak buat perkara yang sama lagi.Apa yang penting belajar daripada kesilapan.Itu yang terbaik .

Banyak lagi pengalaman baru yang ana peroleh kat sini..takperlulah dicelotehkan lagi.Apa yang penting waktu muda nielah perlu dimanfaatkan masa sebaiknya sebaiknya sebagai bekalan di hari tua nanti.Selalu berfikir untuk memajukan diri dan menjadi yang lebih baik untuk hari yang seterusnya.

Sedih rasanya sebab hari ni merupakan hari terakhir ana kerja kat sini.Apa pun setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan.semoga semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah.Ameen..

SAYONARA!


5 comments:

hudaidris said...

hu hu hu hu. penat kan bekerja. saya hari2 dalammggunipulang rumah dgn suara yg serak. sggh mmgpnat. bagusnya berzikir. bukan mudahnakdijadikan amalam,smg kita sama2 slalu dptilhamye. lg 1,beruntunglah wa dpt pengalaman kerja 'the silent hero',walaupun taknampak,tp kerja2 kita tu hakikatnya penting dan sangat bermakna. lg2,bila kene marah/complaint dgn pelanggan2,at least kita dah menyediakan diri utk bersedia dgn 1001 ragam manusia kelak, sebelum kita benar2 bekerja.. hoho pandainya aku berceloteh.

ok wa. all the best.doakan huda juge;)

bestnya jaulah...maaf ye dok dapat join skali...

Mohd Nuruddin Mohamed said...

detik waktu yang berlalu menjadi memori kau dan aku...

maaf kasar2 deh dik.. :)

Mohd Nuruddin Mohamed said...

updatelah lagi wa..:)

pu3_raudhah said...

mm..salam..hye k.najwa..igt kte?hehe..
xpela..btemu n bpisah krnNya..k de rezki kte jmpa lg ea..=)
wassalam

NOR NAJWA MOHAMED said...

KEPADA HUDA..hehe mula-mula je penat pastu bila dah biasa takperlah..jaulah tu memang best tapi kalu huda n sahabat-sahabat lain ader lagi best.(^_^)..

KEPADA ZENKI..
Biasalah2 kalu tok baloh meme tok soh op?huhu semoga cepat sembuh n dah kebah dari demam tu..holah nak updatelah ni..

KEPADA PU3_RAUDHAH..
WS..hehe mestilah ingat adeq husna..=)takkan leh lupa husna lah yang ajar k.najwa wat blog nis..nanti kalo dtg kelantan dtglah umah..kim salam kat ummi n walid..wah windu raser nak dengar hafizi n helmi sebut nama kak wa..huhu