Wednesday, May 13, 2009

BILAKAH GILIRAN AKU?

Sejak akhir-akhir ini gejala ragut semakin meruncing di negara kita.Bahkan menjadi semakin teruk apabila ia membabitkan nyawa.Ana teringat kejadian tragis yang menimpa seorang ibu muda dan bayi dikandungnya pada minggu lepas.Kesian kat bayi yang baru hendak mengenal dunia.Ajal maut di tangan tuhan.

Ya!setiap manusia pasti akan merasai mati.Cuma masa,keadaan dan tempat sahaja tidak dimaklumkan kepada kita.Sesungguhnya ,walau sekeras mana pun hati seseorang itu ,pasti dapat dilembutkan apabila diingatkan pasal mati .Perasan sedih dan pilu pasti menyelubungi dirinya jika berlaku kematian dalam keluarga dan sebagainya.Betapa hebatnya ketentuan takdir yang Allah dah tetapkan sejak dari azali lagi.Tiada sesiapa dapat menghalangnya hatta malaikat Izrail sendiri

Sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang selalu diingatkan tentang mati oleh pemiliknya.Amru Bin Al-‘Ash pernah menceritakan kepada anaknya tentang sakitnya mati supaya dapat diambil iktibar:


“Sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku bahawa seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar,seolah-olah nafas tak keluar dari rongga hidungku,sebaliknya keluar dari lubang jarum yang sempit.Serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, dimana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali "

Memang kita tak dapat bayangkan betapa peritnya sakaratulmaut itu.dan yang pasti tiada seorang pun yang mampu mengelak daripadanya .Hatta Seorang khalilullah pun merasainya.

Nabi Ibrahim alahissalam pula merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keliuar meninggalkan jasad.

Kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam bukunya yang bertajuk "INSAN,INGATLAH! betul-betul terkesan kat hati ana.Tahukah sahabat-sahabat semua bahawa pada setiap hari, malaikat maut akan menjenguk setiap manusia di muka bumi ini sebanyak 360 kali?Ini bermakna kita akan dijenguk oleh malakat maut setiap 3 minit pada tiap-tiap hari!Sebab itulah malaikat maut tidak pernah melakukan sebarang kesilapan seperti tersilap mencabut nyawa manusia dan sebagainya kerana dia AMAT MENGENALI nyawa mana yang hendak dicabutnya..SUBHANALLAH..


Dan di saat kematian ,sendi-sendi dalam badan manusia akan saling mengucapkan selamat tinggal sesame mereka.Jari kaki mengucapkan selamat tinggal kepada buku lali,buku lali kepada betis,betis kepada kepala lutut dan seterusnya.Jika tadi mereka mengucapkan selamat tinggal dalam keadaan sedih kerana sudah lama berada dalam satu keluarga, di akhirat kelak mereka akan terbeban pula dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Hari di mana anggota badan yang akan menjawab segala soalan yang diajukan Allah.Tangan dan kaki yang akan bertutur apabila mulut sudah terkunci .Adakah ia digunakan untuk menuju tempat yang diredhai oleh Allah atau tempat maksiat?Sama-samalah kita muhasabah..

Justeru itu, tak perlulah kita bertanya bilakah giliran aku?Yang penting persiapkanlah diri dengan bekalan-bekalan yang mencukupi menuju hari kebangkitan kelak.Bekerjalah seolah-olah untuk hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati keesokan harinya.

Wallahua’lam

4 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

menarik.

Teruskan menulis

mawaddah said...

nice blog!

Hidup dan mati merupakan satu ujian dari ALLAH..dunia hanyalah persinggahan untuk kita mencari bekalan menuju destinasi abadi.

"AJAL ITU TIDAK PERNAH AWAL ATAU LEWAT WALAU SESAAT"

* Ingatan khusus buat diri kami

hudaidris said...

huhu~~~ boleh3, ketahuilah wa lg byk ilmu dr huda. bile nak masukkan sume ilmu dalam buku tazkirah wa kt mmp yg huda tgk haritu? hehe, esp lagu nasyid tema naqibah ...

NOR NAJWA MOHAMED said...

salam juang..syukran Huda .segala pujian hanya untuk Allah..wa tak tahu apa-apa pun..ini hanya sedikit perkongsian yang wa nak kongsi bersama...hehe sal nasyid tema tu tunggu ek..hehe nanti ada maser wa taip..kena taip ikut jawi baru best