Sunday, May 31, 2009

ZON SELESA?~

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Wah rasanya dah bersawang blog nie..lama dah rasanya tak update.=)..

Mindaku berputar ligat memikirkan tentang apa yang boleh dikongsi pada saat ini..


Kebelakangan ini jiwaku terasa kosong dan jauh dari Allah.Mungkin diriku sudah dijangkiti virus - virus dari zon yang amat kutakuti "zon selesa".Hati pun terasa keras semacam.


Al-maklumlah musim cuti camni hawa nafsu untuk bersantai-santai teramatlah besar,yang selalu menginginkan kesenangan sepanjang masa.Penyakit ini tak boleh dibiarkan amat berbahaya pada diri jika dibiarkan ia berleluasa.


Sedang termenung memikirkan kepala yang berserabut teringat kata-kata yang selalu diingatkan pada diri ini suatu ketika dahulu.Seorang sahabat ana selalu mengingatkan setiap kali beliau bercakap atau bagi tazkirah suatu ketika dahulu bahawa hati yang mati tidak dapat menghidupkan hati-hati mati yang lain.


"Ya Allah ampunilah hambaMu yang selalu leka dan alpha ini"

Aku harus bangkit!Tidak boleh terus hanyut dibuai mimpi yang hanya angan-anganan semata-mata.



Hati akan tenang dan tenteram apabila disirami dan dibajai dengan bacaan dan alunan suci ayat Al-Quran. Allah tidak pernah memungkiri janjiNya kepada hambaNya yang selalu berusaha mencari mardhaatillah.Cuma hambanya yang selalu mencari alasan menolak pemberian dan kurniaan Allah yang tidak pernah putus ini..


Bila diingat-ingat balik, BERSYUKURKAH AKU?Allah telah mengurniakan masa lapang untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.


Sepatutnya waktu cuti inilah harus dipam , diisi dan dicuci sebersihnya tangki hati itu supaya mudah menerima ilmu dan mendekatkan diri pada Allah.

Sepatutnya pada waktu inilah harus dimanfaat sepenuhnya menyemai balik hati yang gersang dengan ilmu agama yang semakin ditinggalkan sekarang.Astaghfirullah..Ampunilah diriku yang selalu tewas pada godaan nafsu ini Ya Allah..


Lazimnya hati dan jiwa penulis akan berasa tenang apabila melihat langit yang membiru dan pokok-pokok yang menghijau.Segala masalah dan fikiran bagaikan terlerai apabila melihat kecantikan alam semesta ciptaan Allah yang indah ini.





Sebenarnya ada pengajaran yang boleh kita ambil daripada pokok-pokok ini .Tahukah sahabat-sahabat semua bahawa setiap helai daun yang tumbuh di atas muka bumi ini telah dicipta dan disetkan oleh allah S.W.T. supaya berzikir kepadanya tanpa henti sehinggalah hari kiamat?SUBHANALLAH


Sebab itu janganlah dipandang rendah atau disia-siakan makhluk Allah yang satu ini.walaupun mereka tidak dikurniakan akal fikiran oleh Allah,mereka telah ada modal dan bekalan untuk dibawa di hari Penentuan kelak.

Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras oleh Allah macam mana pula?Sudahkah cukup bekalan ke sana?

Berbalik kepada tajuk asal..ana suka nak mengingatkan diri ana terutamanya bahwa sekarang tidak ada lagi masa untuk bersenang lenang.Umat Islam sekarang hampir hancur dan lemah dek suntikan virus-virus musuh Allah.Musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan umat Islam terutamanya pemuda dan pemudinya yang bakal memimpin negara pada masa hadapan.

Kalau ujian sekecil ini pun ana sudah tewas..macam mana nak menghadapi ujian yang lebih besar kelak?

Ya Allah betapa lemahnya hambaMu ini.Berilah kekuatan kepadaku untuk terus bangkit dan menyebarkan agamaMu yang suci ini.

Bangkitlah dari zon merbahaya ini!Tinggalkan "zon selesa" yang bakal merangkap dirimu suatu masa nanti.

Sebenarnya penulis tak layak pun nak mempersoalkan tentang soalan ini.Diri sendiri pun masih terumbang-ambing dengan dosa noda yang tidak pernah putus.Ya Allah ampunilah hambaMu yang penuh dosa ini.

Tapi penulis cuma nak memperingatkan diri penulis sendiri serta sahabat semua bahawa kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman dan sementara .Kelak kita akan disoal balik cukupkah bekalan yang kita bawa dari dunia ini?Sama-samalah muhasabah balik..

~SALAM MUJAHADAH~

Wednesday, May 20, 2009

SAYONARA!..sekadar berceloteh

Pengalaman bekerja sambilan selama sebulan lebih banyak memberi pengajaran kat ana.Walaupun hanya sekejap, banyak pengalaman yang diperoleh kat sini.Ada yang manis ada yang pahit ada yang masam,masin, pedas, semua ada. (^_^)

Rutin harian ana bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang.Apabila bekerja sendiri nie membuatkan diri ana lebih menghargai jasa ummi ngan abah selama ini yang bersusah payah membesarkan diri ini..Baru ana dapat rasa sendiri betapa penatnya bekerja nie..hu2

Selain itu ,antara pengalaman yang ana peroleh kat sini ialah cara-cara mengendalikan mesin.contohnya mesin susun kertas,rezo, mesin fotostat dan segala jenis mesinlah..hehe yang berkaitan ngan kertaslah..sekurang-kurangnya tahulah jugak nak start tekan butang mana,butang masterprint yamg mana,etc.

Apabila musim adik2 PASTI exam, kedai akan dipenuhi dengan kertas soalan PASTI yang berbukit-bukit…=)..Selepas itu kertas-kertas tersebut akan “distaplerkan” dan disimpan dalam bilik khusus..nasib baiklah ana tak amik exam ,kalau tidak pasti soalan bocor..hehe

Ana teringat bos ana pernah tanya tak boring ke buat kerja ni?
( stapler kertas 1000 lebih sehari)..Sebelum menjawab ana berfikir nak jawab camne ek..sebab honestly kadang-kadang tu agak membosankan.Akhirnya ana buat keputusan bagitau je apa yang ana rasa.

“erm boringlah gak kadang-kadang sebab buat benda sama je dalam sehari “

Lepas tu dia tersenyum,dan menasihatkan ana supaya menganggap semua kerja yang ana buat ni sebagai tarbiah kat diri .Anggapkan stapler, susun kertas ni sebagai tarbiah.
Kata-kata beliau buat ana berfikir..Macam mana nak kaitkan benda ni dengan tarbiah?

Hurm sebenarnya kalau kita selalu berfikir dan berfikir pasti kita akan nampak hikmah di sebalik setiap perbuatan itu.
Sebagai contoh yang ana nampak dari kerja ni untuk menambahkan pahala, berzikirlah .Cuba bayangkan kalau setiap helai kertas yang diambil diselangi dengan zikrullah atau selawat kepada Nabi betapa manfaatnya masa yang telah diiisi itu?SUBHANALLAH.Selain itu dapatlah jugak jari jemari tu bersenaman sekali sekala.

Betul,kalau nak diikutkan setiap perkara yang terjadi dalam hidup nie merupakan satu proses pentabiahan daripada Allah kepada setiap hambanya.Terpulang kepada diri kita samada nak mengambilnya sebagai iktibar atau dibiarkan sahaja.

Seorang hamba yang berkasih dengan Allah akan dilindungi olehNya dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan.Oleh itu sesiapa yang menerima ujian daripada allah hendaklah memanjatkan kesyukuran kepada Allah sebagai tanda Dia masih mengingati dan menyayangi diri kita.

Seterusnya, kadang-kadang bila ada design yang kena buat,alamatnya sehari suntuklah ana mengadap PC ,tapi kerja ni bukan core sgt.kadang-kadang je..yang penting pengalaman ..sebab bila dah ada pengalaman serba sedikit tentang nie,kita akan nampak overviewnya macam mana nak buat.lepas nie just tajamkan lagi softskill yang ada.

Satu peristiwa yang ana tak leh lupa apabila ditengking seorang pelanggan dalam telefon.Suara dia macam terngiang-ngiang lagi kat lubang telinga nie.Pedih memang pedih tapi kena terimalah ,sebab ana pekerja baru serta banyak lagi yang tak tahu tentang PASTI ni.Bagi ana benda nie sebagai satu pengajaran yang bagus kat diri ana supaya lepas nie tak buat perkara yang sama lagi.Apa yang penting belajar daripada kesilapan.Itu yang terbaik .

Banyak lagi pengalaman baru yang ana peroleh kat sini..takperlulah dicelotehkan lagi.Apa yang penting waktu muda nielah perlu dimanfaatkan masa sebaiknya sebaiknya sebagai bekalan di hari tua nanti.Selalu berfikir untuk memajukan diri dan menjadi yang lebih baik untuk hari yang seterusnya.

Sedih rasanya sebab hari ni merupakan hari terakhir ana kerja kat sini.Apa pun setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan.semoga semuanya berada dalam lindungan dan rahmat Allah.Ameen..

SAYONARA!


Tuesday, May 19, 2009

DETIK KEMATIAN

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

IN-TEAM

Penulis sangat tsentuh dengan lirik lagu nie..menginsafkan..cuba hayati..

Friday, May 15, 2009

BoOsTeR BuAt DiRi

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sejenak termenung …nak tulis apa ek..hari nie rasa macam nak luahkan something je kat diri nie.. baik kucoretkan biar rasa lega cket..

Al-kisahnya bermula..

Hurm..Kalau dah namanya budak baru belajar dan tak tahu apa-apa,
buat jelah cara tak tahu dan ingin belajar benda yang baru.
Jangan asyik mencari alasan dan menjawab je!
Ya! Tak salah memepertahankan kebenaran, tapi biarlah bertempat cik adik oi!

Kalau kau tak tahan dikritik dan ditegur, sampai bila diri tue nak maju?!
Diri sendiri kenalah jugak berfikir sejenak selepas dikritik tu..
Betul,kalau nak diikutkan bisikan syaitan , ego diri, dan emosi yang tidak matang, pasti rasa nak melenting ,marah, sedih dan cuak (kadang-kadang).

Tapi cuba fikir balik, kenapa diorang kritik diri kau?
Nah!
Tak salah lagi, pasti sebab benda dan sikap tu still ada kat diri yang serba tak sempurna ni kan?
So tunggu apa lagi?
Tak yahlah dok tangisi benda yang tak perlu..

BERUBAHLAH!
Mereka mengkritik bukan kerana benci...
Bukan kerana nak menjatuhkan kau!
Tapi mereka mengkritik kerana nak kau berubah!

Kalau kau masih macam nie, sampai bila-bila you’ll be at da same level..
So as a good girl,you must always positive thinking.
Baiki diri tu!Buktikan pada diorang, kau juga boleh berubah dan Berjaya!!

Percayalah, suatu hari nanti, pasti kau akan rindukan kritikan – kritikan daripada mereka.. Yang dapat membuat diri kau sedar!
Yang dapat buat kau baiki kesilapan diri!
Yang dapat mengejutkan diri kau dari lena yang panjang!

Kau sangat beruntung kerana ada orang yang sudi menegur dan mengkritik kau supaya berubah.
Tak usah dipersoalkan samada hari-hari ataupun setiap masa..
Itu bukan masalahnya

Persoalannya?
ADAKAH KAU MAHU BERUBAH?


Ya ..aku tahu kau nak berubah!
So tak yah tangguh-tangguh lagi..
Jadilah orang yang bersyukur dan berfikiran matang..

Just remember this phrase.. ”RISING UP FROM CRITISM”

Pengkritik diri ( yang sentiasa berharap kau kuat semangat dan berani untuk berubah!).

Wednesday, May 13, 2009

BILAKAH GILIRAN AKU?

Sejak akhir-akhir ini gejala ragut semakin meruncing di negara kita.Bahkan menjadi semakin teruk apabila ia membabitkan nyawa.Ana teringat kejadian tragis yang menimpa seorang ibu muda dan bayi dikandungnya pada minggu lepas.Kesian kat bayi yang baru hendak mengenal dunia.Ajal maut di tangan tuhan.

Ya!setiap manusia pasti akan merasai mati.Cuma masa,keadaan dan tempat sahaja tidak dimaklumkan kepada kita.Sesungguhnya ,walau sekeras mana pun hati seseorang itu ,pasti dapat dilembutkan apabila diingatkan pasal mati .Perasan sedih dan pilu pasti menyelubungi dirinya jika berlaku kematian dalam keluarga dan sebagainya.Betapa hebatnya ketentuan takdir yang Allah dah tetapkan sejak dari azali lagi.Tiada sesiapa dapat menghalangnya hatta malaikat Izrail sendiri

Sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang selalu diingatkan tentang mati oleh pemiliknya.Amru Bin Al-‘Ash pernah menceritakan kepada anaknya tentang sakitnya mati supaya dapat diambil iktibar:


“Sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku bahawa seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar,seolah-olah nafas tak keluar dari rongga hidungku,sebaliknya keluar dari lubang jarum yang sempit.Serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, dimana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali "

Memang kita tak dapat bayangkan betapa peritnya sakaratulmaut itu.dan yang pasti tiada seorang pun yang mampu mengelak daripadanya .Hatta Seorang khalilullah pun merasainya.

Nabi Ibrahim alahissalam pula merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keliuar meninggalkan jasad.

Kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam bukunya yang bertajuk "INSAN,INGATLAH! betul-betul terkesan kat hati ana.Tahukah sahabat-sahabat semua bahawa pada setiap hari, malaikat maut akan menjenguk setiap manusia di muka bumi ini sebanyak 360 kali?Ini bermakna kita akan dijenguk oleh malakat maut setiap 3 minit pada tiap-tiap hari!Sebab itulah malaikat maut tidak pernah melakukan sebarang kesilapan seperti tersilap mencabut nyawa manusia dan sebagainya kerana dia AMAT MENGENALI nyawa mana yang hendak dicabutnya..SUBHANALLAH..


Dan di saat kematian ,sendi-sendi dalam badan manusia akan saling mengucapkan selamat tinggal sesame mereka.Jari kaki mengucapkan selamat tinggal kepada buku lali,buku lali kepada betis,betis kepada kepala lutut dan seterusnya.Jika tadi mereka mengucapkan selamat tinggal dalam keadaan sedih kerana sudah lama berada dalam satu keluarga, di akhirat kelak mereka akan terbeban pula dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Hari di mana anggota badan yang akan menjawab segala soalan yang diajukan Allah.Tangan dan kaki yang akan bertutur apabila mulut sudah terkunci .Adakah ia digunakan untuk menuju tempat yang diredhai oleh Allah atau tempat maksiat?Sama-samalah kita muhasabah..

Justeru itu, tak perlulah kita bertanya bilakah giliran aku?Yang penting persiapkanlah diri dengan bekalan-bekalan yang mencukupi menuju hari kebangkitan kelak.Bekerjalah seolah-olah untuk hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah kita akan mati keesokan harinya.

Wallahua’lam

Saturday, May 9, 2009

PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA GURU..


Tanggal 8 May 2009.. jam 9 malam .tut tut handsetku berbunyi, menandakan satu message masuk..jari jemariku terus menekan show pada inbox ..hatiku terkejut bercampur sedih spontan lidah menuturkan INNAALILLAAHIWAINNAA ILAIRAAJI’UN....setiap yang hidup pasti kembali menemui penciptaNya.Berikut adalah message dari juniorku Syakila masa kat maahad dulu

”Salam..Cikgu Zainun telah kembali ke rahmatullah lepas asar tadi..Cikgu mengidap kanser rahim dan baru je lepas operate April baru nie..

Cikgu Zainun merupakan guru ana masa kat maahad dulu.Walaupun beliau tak pernah mengajar ana waktu kat maahad, tapi beliau amat dikenali dalam kalangan pelajar kat sekolah terutamanya pelajar form 5 dengan sikap beliau yang mudah dibawa berbincang dan suka tersnyum Beliau mengajar subjek Bahasa Malayu.

Ana masih ingat suatu ketika dahulu masa kat maahad setiap kali Cikgu masuk kat kelas yang terletak bersebelahan ngan kelas ana,pasti kawan-kawan ana tak kering gusi dibuatnya..pasti kedengaran gelak ketawa dari kelas sebelah..begitulah suasana setiap kali cikgu mengajar BM kat kelas sebelah..Pelajar-pelajarnya pasti terhibur dengan penyampaian dan cara beliau mengajar.

Cikgu ,walaupun dirimu telah tiada,anak-anak didikmu sentiasa mendoakan dirimu tenang di alam sana dan dicucuri rahmat olehNYA.Semoga Allah menempatkan dikau bersama orang-orang yang soleh..AMeeN..Al-Fatihah


GURUKU..KAU PENYULUH HIDUPKU..
MENERANGI ALAM INI,
KAU KUANGGAPKAN SEBAGAI IBU BAPAKU..

WAHAI GURUKU, KAU IBARAT SEBATANG LILIN,
MENERANGI ALAM KEGELAPAN,
KAU SANGGUP MEMBAKAR DIRIMU
WAHAI GURUKU..
KAU INSAN YANG MULIA
MENDIDIK DAN MEMEMBIMBING DAKU
KAULAH INSAN YANG KUSANJUNGI

GURUKU..KAU PENYULUH HIDUPKU..
MENERANGI ALAM INI,
KAU KUANGGAPKAN SEBAGAI IBU BAPAKU

GURUKU SEGALA BAKTIMU
AKAN KUBALAS DENGAN KEJAYAANKU
AKAN KUBUKTIKAN KEPADAMU
WAHAI GURUKU

Shoutulamal

SELAMAT KEMBALI..


Alhamdulillah,akhirnya dpt jugak ana update blog nie..agaknya dah dekat setahun lebih kot ana tinggalkan blog nie..huhu .dah lama dah sebenarnya hatiku meronta-ronta nak buat tapi disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkn, niat di hati nie terpaksa ditangguhkan dahulu.

Ketika dok termenung sambil tengok alam semulajadi yang menghijau di beranda rumah, ana teringat kata-kata abang ana dalam loghat kelatenya pada suatu ketika dahulu,

”Kito nak buat blog nie, jange ikut ore,jange sebab saem suruh,jange jugok sebab ikut saem-saem ado blog kito pun nok buat jugok, tapi buatlah blog nie bila timbul keingine dale hati tu nok suh ore amik iktibar dari penulise kito.Dan yang penting dalam diri tu ada keinginan untuk berubah,mengubah dan diubah..yang penting sekali teruslah menulis..dengan itu minda kito akan terus berfikir dan berfikir dan berfikir tntg setiap apa yang kito lalui dale hidup nie”

Hurm..sebenarnya masa ana post 2 entry yang terdahulu tu, ada senior yang bagi semangat kat ana suh wat blog..masa tu ana pun tak tau dari mana dapat semangat terus je pergi buat blog (masa ni tak timbul kesedaran lagi).pastu tak lama kemudian terus berhenti..minat mencoret hilang entah ke mana,semangat pun melayang tak tau kemana .dan apa2 yang ana dapat dalam kehidupan terus dipatrikan dalam diari kesayangan..

Tapi baru-baru nie ana bagaikan dikejutkan dari tidur yang lena atas tilam yang empuk..apabila ada seorang akak nie bagi kata-kata yang telah mencuit sekaligus menggegarkan tangkal hati ana yang dah lama beku ni untuk terus berubah dan tidak berada di takuk yang lama.

Sampai bila diriku harus jadi macam nie?Apa yang aku boleh sumbangkan untuk Islam?Apa sumbangan aku dah buat untuk Islam?Sampai bila ilmu-ilmu yamg diperoleh tu nak simpan dan pendam sorang-sorang? (almaklumlah ana nie seorang yang agak pemendam) nak pandai sorang-sorang?

Persoalan-persoalan nie kerap berlegar-legar dalam fikiranku sejak kebelakangan ini..Bila difikirkan balik,ana takut nanti kat padang mahsyar setiap orang yang ana tak sampaikan ilmu itu akan datang melutut dan mintak ilmu daripada ana...

ana tak sanggup bila difikirkan pasal tu..ana dah rasa kat dunia nie bagaimana pedih,sedih,menyesal ,jatuhnya ego dan hinanya diri ini bila sahabat-sahabat yang disayangi disuruh melutut kat depan ana dan mintak sampaikan ilmu kat diorang.dan alangkah kerdilnya rasa diri pada waktu itu ,sedangkan diri ana tak dapat berbuat apa-apa.

Kenangan pada hari itu akan terus terpahat di memori untuk dijadikan pengajaran dan iktibar kepada diri ana yang hina ini nutuk berubah menjadi yang lebih baik..

Pastu satu lagi ana teringat kata-kata dari seorang murabbi yang sangat saya hormati.
” kalau baca buku banyak mana pun tapi tak kongsi ngan orang lain buat apa?baik duk dalam hutan kalau camtu!” huhu .memang kena betullah pada diri ana masa tu.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda

”Ballighuu ’annii walau aayah”
Maksudnya :sampaikanlah dariku walau satu ayat...


Ok2 back to the point,banyak plak membebel (^_^)..walaupun diri ana tak sehebat sahabat-sahabat di luar sana ,ana ingin berubah menjadi sehebat antum semua.Doakan ana menjadi kenyataan dan diharapkan lepas nie sahabat – sahabat sudi2lah menegur segala kelemahan yang ada pada blog ana yang tak seberapa ni...syukran..ma'assalamah..