Saturday, September 12, 2009

~KITA ADALAH APA YANG KITA PAKAI~

RAMADHAN TALK

SALAM RAMADHAN MUBARAK…

TAJUK:”Kita adalah apa yang kita pakai”
TARIKH DAN MASA:2 September 2009 / Lepas terawih
TEMPAT:CF Sister ,Uia Kuantan
Penceramah:Ustazah Aisyah dari KIPSAS
Anjuran :SRC

Sedikit perkongsian buat sahabat-sahabat semua..
Manusia adalah makhluk Allah yang terpilih.Sebagai contoh dalam banyak-banyak tanah,hanya tanah tertentu sahaja yang dipilih oleh allah untuk dijadikan makhluk bernama manusia.Makhluk yang paling banyak diberi kelebihan untuk dimanfaatkan kepada makhluk lain.
Kalau ditengok balik kepada sejarah,jenis pakaian yang dipakai akan menentukan setinggi mana martabat dan maruah seseorang itu.

Sebagai contoh,pada zaman paleolitik dan neolitik,jika seseorang individu itu menutup badannya hanya pada bahagian kemaluannya sahaja ,ianya sudah dikira ok ,kerana pakaian manusia yang hidup pada zaman itu memang macam tu.Kain atau baju pada masa itu belum tercipta lagi.
Selain itu,kalau dimbas kembali pada zaman Inggeris dahulu,mana-mana perempuan yang memakai gaun labuh dan berkembang ,maka individu itu akan dihormati.Dengan kata lainnya golongan bangsawan. Pada zaman tersebut, semakin labuh dan kembang gaun seseorang itu,maka semakin tinggilah martabat bangsawan tersebut.

Dalam sedar-tak sedar budaya barat ini telah menular ke dalam masyarakat Melayu Islam di Malaysia.Sebagai contoh pakaian pengantin perempuan sekarang banyak ditiru dari barat.Gaun yang meleret-leret sampai perlu ada orang lain untuk memegangnya dari belakang dan sebagainya

Selain itu jika dilihat masa zaman mak ayah dan datuk nenek kita, jarang sekali bilangan wanita yang memakai tudung dan hanya boleh dikira dengan jari pada zaman tersebut.Dan cara pemakaian tudung pun masih tidak sempurna dan tidak mengikut syariat.Hanya betul-betul menutupi rambut dan leher terdedah. Bahkan ustazah-ustazah pada waktu tersebut pun memakai tudung ala kadar sahaja.

Walaubagaimanapun,jangan dipandang enteng walaupun penampilan mereka hanya begitu,Pada zaman itu merekalah yang menghafal quran, belajar agama, pandai bertarannum, bahkan menjadi rujukan masyarakat dalam bab-bab agama.

Konklusinya, trend pemakaian wanita Islam sentiasa berubah dari zaman ke zaman yang lain. Kalau dilihat pada zaman sekarang terlalu banyak jenis pakaian dan tudung yang dijual di pasaran.Corak dan gaya pun berubah. Ada yang bercorak-corak,berbunga-bunga dan berjalur-jalur.Tak ketinggalan juga ada yang berbelah-belah.

Ya,memang baju-baju dan fesyen sekarang bertambah maju dan cantik.Persoalannnya sekarang adakah baju-baju tersebut betul-betul mengikut syariat yang telah digariskan dalm syariat Islam?

Ya ,tak salah untuk bergaya dan dan memakai pakaian yang cantik-cantik, bahkan Islam sendiri pun menggalakkan umatnya supaya sentiasa menjaga penampilan diri supaya sentiasa kemas dan cantik asalkan menutup aurat dan mengikut syariat.

Berikut merupakan antara isi-isi yang sempat ana kutip sewaktu talk tersebut, semoga dapat dijadikan peringatan buat kita semua khususnya buat muslimah muslimah yang disayangi di luar sana.

Antara syarat – syarat pemakaian wanita mengikut Islam adalah:

1. Tidak jarang

Andai kata tudung yang dipakai itu adalah jarang sampai nampak leher,maka pakaian itu tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam..

Ana bagi dua situasi:

A: Pakai tudung jarang ( tudung bawal ) tapi tidak mengumpat
B: Pakai tudung labuh serta mengikut syariat tapi suka mengumpat

Yang manakah lebih baik?

Pernahkah sahabat dengar kata-kata seperti di bawah?

“Alah,orang tu pakai tudung labuh pun suka mengumpat.Baik aku. aku nie pakai biasa-biasa je tapi tak mengumpat pun.”

Apa pandangan sahabat-sahabat semua?

Islam amat menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.Sebenarnya pakaian luaran juga dapat mencerminkan peribadi dalaman seseorang, Walaupun bukan 100% menggambarkan perangai sebenar seseorang individu tersebut.

Andaikan sebuah lori membawa tembikai,jika lori tersebut terbalik,maka yang keluar darinya MESTILAH TEMBIKAI.BUKANNYA DURIAN! Begitu juga kalau dibandingkan dengan sikap luaran seseorang.

Sebenarnya Islam ingin MENDIDIK umatnya menjadi orang yang baik, BUKAN TERUS MENJADI BAIK.Apabila seorang wanita itu berpakaian menutup aurat, sebenarnya ianya dapat dijadikan benteng kepada individu tersebut dan dengan sendirinya dia akan merasa malu untuk berbuat maksiat.Itulah cara didikan Islam dan hikmah di sebalik suruhan Allah kepada hambaNya supaya menutup aurat dengan sempurna.

Berbalik kepada situasi di atas, jangan disebabkan seorang individu melakukan kesalahan , ianya dijadikan alasan untuk melanggar perintah Allah.Ya, memang salah mengumpat, tapi jangan disebabkan kesalahan seorang individu , kita menghakimi orang lain yang tidak berbuat demikian.

Jangan kita menjadi orang yang memandang ke bawah dan ke bawah , negative dan negative, tapi jadilah orang selalu memandang ke hadapan dan kehadapan .

2. Tidak ketat

Pernahkah sahaba-sahabat semua lihat orang lelaki bermain bola sepak yang memakai seluar pendek serta alas di di dalamnya sehingga ke bawah lutut dengan tujuan untuk menutup auratnya.( lutut ).Walau dari segi fizikalnya menutup aurat, sebenarnya tetap tidak mengikut syariat dan tidak dibenarkan dalam Islam kerana alas itu ketat. ( mengikut bentuk badan )

Sama juga keadaannya jika wanita memakai sarung lengan ( handsock) disebabkan memakai tshirt lengan pendek .ini kerana handsock tersebut tetap mengikut bentuk lengan kita.

3. Warna –tidak tabarruj

Warna pakaian yang dipakai tidak terlalu menyerlah sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi .

4. Bukan untuk menunjuk-nunjuk

Setiap perbuatan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah hatta dalam bab pemakaian sekalipun.Andai kata niat itu kerana orang lain amatlah rugi kerana setiap perbuatan akan menjadi sia-sia.Penat lelah sahaja yang kita dapat tanpa mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah.

Sebagai contoh seorang wanita pergi sembahyang terawih di masjid atau surau . Niatnya sudah baik iaitu untuk beribadat kepada allah, tetapi beliau tidak memakai stoking sehingga menampakkan aurat wanita iaitu kaki.Maka lebih afdhal baginya untuk sembbahyang di rumah sahaja kerana perbuatan itu akan menimbulkan fitnah .

Contoh lain jika hari ini seseorang itu berpakaian cantik-cantik dan mahal-mahal dengan niat untuk menunjuk-nunjuk maka lebih baik baginya pakai pakaian lama sahaja , kerana niat seseorang itu amat dititikberatkan dalam Islam.

5. Pakaian perempuan tidak menyerupai pakaian lelaki dan sebaliknya

Jika seseorang itu memakai pakaian dan aksesori yang juga dipakai oleh lelaki seperti topi, seluar dan tshirt maka hendaklah dia berhati-hati , bimbang penampilannya akan menyerupai lelaki.

Jikalau dia memakait shirt dan seluar jangan sampai mengelirukan orang lain tentang jantinanya.




6. Tidak menyerupai pakaian yahudi

Pakaian yahudi di sini merujuk pada pakaian yang digunakan oleh sewaktu melakukan ibadat agama masing-masing.Sebagai contoh orang Islam tidak boleh memakai pakaian sami yang digunakan oleh orang Hindu untuk beribadat d kuil

Dan andai kata cheogsam digunakan atau menjadi pakaiaan wajib bagi orang Budha untuk bersembahyang ditokong, maka ianya tidak dibenarkan.

7. Pakaian dari sumber yang halal.

Sumber yang halal di sini dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

Pakaian itu bukan pakaian yang dicuri dan diperbuat daripada material yang halal bukannya daripada bulu-bulu babi serta bahan-bahan haram yang lain.

Kalau dilihat pada kondisi sekarang umat Islam dihimpit segenap ruang oleh agenda-agenda yahudi terutamanya dalam bidang ekonomi.hatta dalam pemakaian dan makanan umat Islam pun dimasukkan unsur –unsur haram tanpa disedari oleh kita semua.

8. Tidak membazir

Ahli-ahli sufi amat teliti dalam pemakaian mereka.Kebanyakan pakaian yang dipakai oleh ahli sufi berwarna gelap dan sudah lusuh. Ini kerana mereka mempunyai sifat zuhud dalam hati mereka.
Kalau dilihat pada zaman sekarang banyak baju-baju cantik serta “up to date” telah direka terutamanya untuk golongan wanita Islam tidak melarang umatnya untuk berhias-hias dan memakai pakaian yang cantik asalkan tidak membazir.

Ayat quran

“ sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan “

Ajaran Islam amat halus pengajarannya. Kalau kita tengok hikmah di sebalik perkara ini, adalah untuk menjaga hati orang miskin dan fakir. Cuba bayangkan perasaan mereka apabila melihat orang lain memakai pakaian baru dan cantik.Cuba bayangkan jika kita sendiri berada di tempat mereka.

Ingatlah bahawa setiap benda dan harta di atas muka bumi ini adalah pinjaman daripada Allah semata-mata. Bukannya menjadi hak Mutlaq milik manusia.Maka digalakkan ke atas individu muslim supaya bersedekah, terutama pada bulan ramadhan ini.

Sesungguhnya jika ingin melihat harta sebenar yang kita miliki maka lihatlah pada harta yang disedekahkan kepada orang lain.
Itulah harta yang sebenar-benarnya dan yang akan dinilai oleh allah pada akhirat kelak.

9. Pakaian yang tidak meleret-leret

Kalau dilihat trend pemakaian pengantin sekarang, “veil” yang dipakai oleh pengantin perempuan sengaja dibuat labuh sampai meleret-leret di atas lantai.

Sebenarnya pemakaian begitu tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia melebih-melebih. Mungkin hikmah di sebalik larangan ini adalah Islam ingin menjaga kebersihan dan kesucian pakaian si pemakai..jika baju yang dipakai terlalu labuh, mungkin akan disapu sekali sampah – sampah yang ada di lantai..Wallahua’lam.

10. menutup aurat




p/s: Tribute buat K.dayah atas nota yang dipinjamkan =)

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mohd Nuruddin Bin Mohamed said...

boleh jadi ada orang pakaiannya tak sama dengan peribadinya..setuju?

NOR NAJWA MOHAMED said...

yep...itulah pointnya..tapi tidak semua yang macam tu..walaupun sedikit ia akan bagi effect yang amat besar kerana ia membawa nama maruah..

"kerana nila setitik rosak susu sebelanga.."