Friday, July 3, 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT..

Tanggal 2 Julai 2009..mesej pertama yang kuterima lebih kurang dekat pukul 12 malam tadi dari seorang teman menyebabkan aku tersentak lantas menitiskan air mata sebak dek pemergian seorang sahabat seperjuangan..Berikut adalah mesej tersebut

" Askum. Nabil shbt yg sgt kita cintai krn ALLAH S.W.T telah selamat kembali ke rahmatullah.. mintak sahabat hadiahkan alfatihah(7x) & al-ikhlas (11x).. smoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan auliya' dan solihin.."

Innalillahiwainnaailaihiraajiu'un..

Masa mula-mula baca mesej tu macam tak percaya je begitu cepat beliau pergi meninggalkan semua..sesungguhnya Allah lebih menyayangimu sahabatku..

Bila diimbas kembali arwah mula-mula sakit akhir bulan 5 baru nie..Allah mengujinya hanya sebulan lebih cuma sebelum dijemput Ilahi mengadapNya..

Ana masih ingat sampai sekarang tazkirah yang pernah disampaikan oleh beliau dalam satu meeting..walaupun ringkas tapi isi yang disampaikan cukup untuk membuatkan diri ana berfikir dan muhasabah diri..

"ana ada satu soalan..apakah matlamat kita hidup di dunia ini?..Betul, kerana Allah..tapi hari nie ana nak sahabat semua muhasabah kejap..adakah betul tujuan kita hidup kerana Allah?Adakah perbuatan dan amalan seharian kita membuktikan matlamat hidup itu?

"Okay ,cuba kita go to the future jap..sekarang kita tengah belajar kat cfs..mesti semua nak dapat tinggi kan?ana percaya semua orang nak jd pointer scorer..pastu dapat scholarship jpa..alhamdulillah kalau ada rezeki .."

"kemudian apabila dah habis belajar,dapat keje,pastu beli kereta,beli umah..then kahwin..pastu bila kawin dapat anak..masa tu confirm kita dah dewasa..tak lama kemudian akan menjadi tua dan mati..."

"Adakah hidup kita hanya untuk mencapai dan buat perkara-perkara tu je?Adakah cukup jika hanya untuk membina keluarga bahagia?ya..memang tak salah,cuma Pernah tak kita fikir sejenak apakah sumbangan aku pada Islam sepanjang hidup nie?Sudahkah aku berkorban untuk deenul haq pada saat ini?"

"Adakah hidup kita hanya cukup semata-mata untuk belajar,belajar,belajar ,pastu kerja ,kerja,kerja, kemudian kawin dan so on...?Tanpa melakukan kerja-kerja Islam?

"sahabat-sahabat semua,ingatlah bahwa ajal tidak mengenal usia,masa dan tempat..yang muda ataupun tua pasti akan meninggalkan kita apabila dah sampai masanya."

"Kalau dah kerja baru nak berkorban untuk Islam ,dapatkah kita pastikan yang ajal kita tak sampai lagi pada waktu itu?justeru ana menyeru diri ana dan sahabat semua supya renew balik dan selalu tajdidkan niat akan matlamat hidup kita di dunia ini selari dengan amalan kita seharian....."

Tazkirah yang disampaikan oleh beliau pada waktu itu cukup ringkas..semoga sesiapa yang baca entry nie juga dapat manfaatnya sekali..Insya Allah..

Pemergiannya telah menginsafkan diriku yang sedang leka ini..Astaghfirullah..
ampunilah dosaku ya Allah..ampunilah dosa ibu bapaku..dosa guru-guruku serta sahabat handaiku..Apabila diberi teguran dengan cara ini betul-betul membuatkan diriku sedar dan insaf..mati tidak mengenal umur..

Hanya padaMu tempat aku mengadu dan hanya Engkaulah punca segala kekuasaan..

"sesungguhnya Allah memiliki kekuasaan langit dan bumi.Dia menghidupkan dan mematikan.Tidak ada pelindung dan penolong bagimu selain Allah.."
( At-taubah:116 )

Beliau pergi dalam keadaan sahabat-sahabat lain masih ingin berjuang bersamanya..

masih ingin mengharungi pahit manis dan suka duka perjuangan bersamanya..

"Tiadalah seorang Muslim yang meninggal dunia, lalu jirannya mempersaksikan bahawa mereka tidak ingat tentang si mati melainkan yang baik2 saje, maka Allah menyeru, "Telah Aku terima kata-kata kamu, dan Aku ampunkan dosa-dosanya yang kamu tidak tahu!"

Sama-samalah sedekahkan al fatihah kepada sahabat dan saudara seislam kita Nabil bin marwan yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi..Semoga rohnya dicucuri rahmat.. AmeEn..


4 comments:

khadira said...

Allah lebih menyayanginya..Al-Fatihah

DaruL said...

menangis huda baca entri najwa nih..... ya ALLAH... huda try matangkan diri utk x bersedih menerima pemergian dia.. spttnya sy perlu berbangga sebb dia pergi dalam keadaan yg baik.. dan kta perlu bersedia utk mati.. akn huda ingt tazkirah dia tu... syukran najwa..

cahaya bisikan rahsia said...

Setiap insan pasti akan menemui mati...
persoalannya adakah cukup bekalan yang mahu di bawa ke sana?..Semoga kita semua sentiasa memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan memohon keampunan dariNya..
..semga husnul khatimah jadi milik kita semua..Ameen

Zenki said...

masih basah tanah liat pusara arwah masa saya gi melawat hari tu wa. Kita kan duk dalam tuh jugak nanti wa. Kita kan duk dalam tuh jugak. Pasti dan pasti!

Mungkin esok, mungkin kejap lagi saya kan pergi dulu. Moga ikatan kita semua kekal dan diizinkan ALLAH tuk kita berkumpul lagi ditaman2 syurgaNYA. Sama2 usaha dan berdoa