Sunday, February 12, 2012

Pesanan Ummi~


“Meh dengar sini blako anok umi nok oyak benda nie..kena ingat sapo kito dan gapo kito keno wat”

Muqaddimah dari umi sewaktu saya dan adik sedang bersembang. Menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang bakal berakhir lebih kurang 1 hari lagi.
Umi menyambung lagi, nanti bila dah sampai UIA buang semua perasaan negative dan ingat balik kenapa datang ke sini. Fikir positif jah..Kalau kita boleh berjaya sewaktu sekolah  dulu kenapa kita tidak boleh Berjaya sekarang?Mesti ada tak kena mana2..cek balik..

Umi pesan ingat kita sebagai pelajar, tugasnya belajar
Ingat kita sebagai seorang murid, tugasnya kena hormat dan rapat dgn lecturer
Ingat kita sebagai seorang anak, kena taat pada ibu bapa
Ingat kita sebagai pemegang jawatan dalam society, pikul amanah sebaiknya, bukan sekadar mengambil nama
Ingat kita sebagai seorang sehabat, tunaikanlah hak hak kepada sahabat
Ingat kita sebagai penghafaz Al-Quran, Jagalah kalam itu, jagalah mata, jagalah hati
Ingat kita sebagai senior, jalankan tanggungjawab sebagai senior,
Jika kita sebagai junior, jalankan tanggungjawab sebagai junior,
Jika kita mempunyai pengaruh, gunakan pengaruh kita untuk menarik kawan-kawan kita melakukan benda-benda berfaedah dan bukannya mendoublekan lagi dosa kita
Dan seterusnya..anda senaraikan sendiri anda sebagai apa dan apa perlu dibuat..tak usah fikir susah, kerana cas-cas negative akan mula mempengaruhi anda
Fikir mudah, insya Allah semuanya akan dimudahkan olehNya..

YOU ARE WHAT YOU ARE THINKING
AND
YOU ARE ALSO WHAT YOU ARE NOT THINKING YET
NOTHING IS IMPOSIBBLE BIIZNILLAH..

No comments: