Monday, March 14, 2011

Merindui Ar - rahman

Bismillah...alhamdulillah Allah masih menyayangi diri hambanya kerana masih diberi nikmat iman dan Islam..Betapa besarnya nikmat ini tapi amat sedikit yang menghargai nilainya..


Terlalu lama sy tidak meninggalkan jejak di blog ini, sukar betul untuk istiqamah..hu Ya Allahummarzuqnaa istiqaamah..ameenn..


Sekadar perkongsian, sesungguhnya sebaik2 tempat mengadu adalah kepada Allah sang Pencipta. Dia yang menciptakan hambaNya, Dia Maha tahu setiap kekurangan hambNya. Dia tahu apa yang diperlukan oleh setiap hambanya. Bahkan dia juga yang menciptakan masalah dan dugaan kepada hambaNya untuk meningkatkan darjat kita ke tahap yang lebih tinggi..


Usah rasa lemah bila mana masalah datang menimpa diriMu. ingatlah bahawa masalah2 inilah yang akan mematangkan dirimu. Mengajar engkau erti susah dan kegagalan. Pengalaman mengajar kita makna dan warna warni kehidupan. Beruntunglah engkau kerana telah dipilih oleh Allah untuk menerima ujian ini.  Ingat engkau bukan keseorangan. Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan dan resah hatimu. Dia sentiasa menunggumu di setiap malam untuk engkau mengadu.



Jangan biarkan Allah menunggumu tanpa engkau bertandang. Usah mengadu kepada makhluk kerana " la haulawalaa quwwata illaa billahil 'aliyyil a'dzeem" - tiada kekuatan melainkan drpd Allah semata .

Sesungguhnya telah berkata seorang ulama (terlupa namanya) : " Jika dikumpulkan 10 kali ganda kasih sayang ibu sejak dari kita lahir sehinggalah kita menjadi dewasa, hanyalah 1/10 daripada kasih sayang Ar- Rahman, yang Maha Pengasih "

Subhanallah..betapa besar dan luasnya kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bila dikenang-kenang balik betapa sukarnya nak membalas kasih sayang yang diberikan oleh ibu. Siapakah yang dapat menandingi pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu. Sejak dari kecil tidak pernah mengeluh melayan pelbagai kerenah anaknya. Ini baru kasih sayang seorang ibu.


 Rupanya kasih sayang Engkau masih melebihi segalanya ya rabbi.  Sungguh Ya Allah tak dapat terbayang di fikiranku betapa Engkau sangat menyayangi hamba2Mu .




Sungguh Ya Allah hambaMu selalu lupa untuk mengadapMu..lupa akan nikmat kesihatan, iman yang Engkau kurniakan. Maafkanlah kami ya Allah..masihkah ada ruang buatku?

No comments: