“Meh dengar sini blako anok umi nok oyak benda nie..kena
ingat sapo kito dan gapo kito keno wat”
Muqaddimah dari umi sewaktu saya
dan adik sedang bersembang. Menghabiskan sisa-sisa cuti semester yang bakal
berakhir lebih kurang 1 hari lagi.
Umi menyambung lagi, nanti bila dah
sampai UIA buang semua perasaan negative dan ingat balik kenapa datang ke sini.
Fikir positif jah..Kalau kita boleh berjaya sewaktu sekolah dulu kenapa kita tidak boleh Berjaya sekarang?Mesti
ada tak kena mana2..cek balik..
Umi pesan ingat kita sebagai
pelajar, tugasnya belajar
Ingat kita
sebagai seorang murid, tugasnya kena hormat dan rapat dgn lecturer
Ingat kita
sebagai seorang anak, kena taat pada ibu bapa
Ingat kita
sebagai pemegang jawatan dalam society, pikul amanah sebaiknya, bukan sekadar
mengambil nama
Ingat kita
sebagai seorang sehabat, tunaikanlah hak hak kepada sahabat
Ingat kita
sebagai penghafaz Al-Quran, Jagalah kalam itu, jagalah mata, jagalah hati
Ingat kita
sebagai senior, jalankan tanggungjawab sebagai senior,
Jika kita sebagai
junior, jalankan tanggungjawab sebagai junior,
Jika kita
mempunyai pengaruh, gunakan pengaruh kita untuk menarik kawan-kawan kita
melakukan benda-benda berfaedah dan bukannya mendoublekan lagi dosa kita
Dan
seterusnya..anda senaraikan sendiri anda sebagai apa dan apa perlu dibuat..tak
usah fikir susah, kerana cas-cas negative akan mula mempengaruhi anda
Fikir mudah,
insya Allah semuanya akan dimudahkan olehNya..
YOU ARE WHAT YOU
ARE THINKING
AND
YOU ARE ALSO WHAT
YOU ARE NOT THINKING YET
NOTHING IS
IMPOSIBBLE BIIZNILLAH..
1 comment:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment