double layer of rainbow , 10/11/2010 - 5.20 pm |
Pelangi itu muncul lagi hari ini
Menyinari petang yang redup lagi sunyi
Warnamu mencetus ilhami
Memberi sinar pada diri
Petang lalu langit hitam sgt mendung
Dihiasi kerlipan kilat sabung menyabung
Sekejap air mencurah-curah dari kantung
Bagai tanda tiada lagi penghujung
Teringat kenangan lalu memberi peringatan
Buat diri yang selalu hilang kawalan
Dari godaan nafsu dan syaitan
Moga Allah memberi keampunan
Lama matamu kering dari air mata penyesalan
Dek ditutupi oleh dosa2 yang membeban,
Kekerasan hatimu kian terkesan,
Adakah masih mampu menelusuri jalan?
Ingatlah wahai diri pencari cahaya
Petunjuk dan rahmat Allah itu luas terbuka
Setiap detik menantikan hambaNya
Sebagai tempat mengadu dan merintih sentiasa
Terpulang pada kamu wahai diri
Pilihan ada pada hati
Tinggal mahu atau terus menanti
Pencarian ini takkan terus terhenti
Pelangi,Kehadiranmu sekejap cuma
Panas selepas hujan engkau menjelma
Biar sekejap asal bermakna
Menyemai ketenangan walau seketika
Warna jalurmu memukau mata
Ada yang terpesona lupa dunia
Perlu diingat kecantikanmu ada fungsinya
Buat manfaat kepada pemikirnya
Hidup ini kadang di atas kadang di bawah
Jangan menyerah pada masalah
Terus berjuang biar letih dan lelah
Insya allah pelangi dalam hidupmu akan terus meyerlah
Pengejar pelangi
kamar mujahadah
teratak maimunah
2.27 a.m.
3 comments:
ada. Tunggu lepas hujan. Comey pelangi merentasi uia tuh wa. memey comey
comey kan?hee ye muncul kejap jah dale 2 minit..
sedap puisi ni...indah...
Post a Comment