Bismillahirrahmaanirahim..
Dah lama rasanya tak menulis kat blog nie..huhu mood menulis hilang..
Sepatutnya tak boleh macam tu..bila diingat balik tujuan blog nie dibuat salah satunya adalah untuk mendisiplinkan diri..Jadi kena berusaha ..caiyok2 ( ^_^ )
Hari ni terasa nak berkongsi something..sambil-sambil nak menghilangkan mengantuk waktu tengah hari nie.kejap lagi ada kelas Calculus pukul 2…asyik tersengguk – tersengguk buat math dari tadi..terasa nak menconteng jap..
Sejak 2, 3 hari nie , diri nie rasa macam tak stabil je..macam2 perasaan datang, rasa nak marah orang pastu kadang-kadang nangis sorang2 tanpa sebab..kalau orang tengok mesti da cakap diri nie da tak berapa betul..Mujurlah perasaan marah tu tak pernah terlepas kat sape2..sbb bila rasa nak marah mesti fikir dulu kenapa nak marah n alik2 mesti marah kat diri sendiri balik..huhu mgkin sebab hormon tak stabil..
Sebenarnya tajuk post kali nie nak mengajak diri penulis terutamnya serta sahabat-sahabat supaya lebih bersabar..
Apakah perasaan anda apabila sahabat anda memarahi anda tanpa sebab? Ataupun memang dia nie naturally panas baran n ari2 dier terlepas kat anda?
> Sakit hati
> Haru..tidak! kenapa aku jadi mangsa?
> owh..ingat ko sorang je ek yang bley marah?
> suka hati jer marah orang ingat orang tak der perasaan ke?
>Sabar3 . jangan dibalas api dengan api, nati makin teruk
Jadi , apa yang aku perlu buat?
>Banyakkan istighfar..
>erm..Mgkin sahabat kita ada masalah
>Ingat marah itu sifat syaitan
>ingat akan ader insan lain yang akan TERLUKA dengAn perilaku anda
>Husnuz – Zan, mgkin Allah nak uji aku..
> Allah nak tambah pahala kita..
>amik wudhuk
>ubah kedudukan
Tiba2 teringat dulu ustaz selalu pesan masa kat maahad tentang hadis larangan bersifat marah.,
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.
Almdulillah dah hilang da rasa marah..Semoga Allah mengampuni dosa ini..
Senyuman itu mampu membuatkan hati-hati di sekeliling kita turut rasa gembira..
p/s: Attribute buat sahabat yang memarahi diri ini kerana menjadi booster kepada saya untuk menconteng dan muhasabah balik diri ini ..
No comments:
Post a Comment