Friday, July 31, 2009

~SeLaMaT HaRi LaHiR~

Bismillahirrahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah …semalam 30 JULAI usiaku dah mencapai umur 20 tahun..(macam tak caya je kat depan dah ada pangkal no. 2..ahaks)..Bersyukur kepada Allah kerana pada saat ini masih sudi mengurniakan nikmat kesihatan yang baik pada diriku sehingga saat ini…

Sebenarnya diri nie masih tak terima hakikat dah dewasa ..huhu

Apabila umur dah bertambah,maka semakin hampirlah diri ini dengan kematian..

Maka amalan pun perlu diupgrade memandangkan usia sudah dewasa dan tidak tahu bila malaikat Izrail akan menjemput diri ini…

Kebelakangan ini banyak sekali berita-berita kematian sahabat serta orang terdekat dengan diriku sampai ke telinga ini….

Apabila difikirkan balik tentang perkara nie mesti terdetik di fikiranku persoalan-persoalan yang gagal kuberikan jawapan …

Sudah cukupkah bekalanku selama 10 tahun ini?

Adakah amalan-amalan yang ingin dipersembahkan kepada Al-Khaaliq selama ini akan diterima olehNya?Atau dilemparkan balik kemukaku?Na’uuzubillah..diriku tak sanggup memikirkan seandainya itu terjadi…

Sudahkah aku berkorban untuk Islam?

Sudahkah aku bersedia untuk dihisab amalanku di Padang Mahsyar nanti?

Sudah tertunaikah amanah dan tanggungjawab aku di dunia ini?

Sudah terbalaskah jasa umi dan abah yang telah banyak berkorban untuk diriku ini?

Sudahkah…

Sudahkah…

Hanya amalanku dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan-persolan di atas..

Dalam keadaan iman yang terumbang –ambing,

Semangat yang selalu berkurang dan bertambah,

Amalan-amalan yang tidak konsisten,

Thaqafah yang sedikit,

Kurangnya mujahadah dalam hidup,

Agak sukar untuk diriku menjawab solan persoalan-persoalan yang selalu
berlegar-legar di fikiranku..

Ya Tuhanku

Akulah pengemis setiap masa,

Berdiri dengan penuh harapan di pintu rahmatMu,

Perjalanan yang panjang ini

Adalah suatu ujian buat diriku,

sama ada langkahku pincang

Atau langkahku terisi

Dengan cinta Ilahi

Alangkah sukarnya dan berliku

Perjalanan mencari hakikat diri

Nafsu dan syaitan

Akan berhemah berjuang

Merosakkan dan melalaikan

Daripada sampai ke penghujung..

Ya Allah

Kurniakanlah kepadaku KECINTAANMU

Janganlah Engkau tinggalkan diriku,

Janganlah Engkau biarkan diri ini ternoda dengan kemaksiatan..

Hanya PadaMu terletak segala kekuasaan dan kekuatan..

Maka berikanlah kepadaku kekuatan untuk mengharungi hidup ini

Sesungguhnya aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini…

Sesungguhnya perjalanan hidup ini masih jauh..Aku harus belajar untuk memberi manfaat kepada orang lain..memberi manfaat pada Islam!

Alhamdulillah di saat semangatku agak “down” dan jiwa yang tidak tenteram,tazkirah daripada brother Syarif kat CF Brother semalam banyak membuat diriku berfikir
tentang tujuan hidup seorang hamba di dunia yang sementara ini..

Memang jiwa nie kalau tidak diberi peringatan serta tazkirah,ia akn mudah lupa ,lemah dan menjadi keras..

“Bangunlah kamu dan berilah peringatan!”

Sekadar coretan dan luahan hati dari seorang yang masih belajar dan mencari diri yang sebenar..

SANAH HELWAH WA!Kuatkan semangatmu!

p/s:K.lang nak ucapkan syukran jazilan kathira kepada k.Anje,K.yong,K.uda,K.chik,K.Teh,K.andak , K.ucu n Timah sebab buat surprise tadi..rasa terharu sangat..Walaupun secret recipe tadi memang best n manis,tapi tak dapat dibandingkan dengan ukhuwwah Fillah yang terjalin antara kita semua..Semoga segala amalan dan usaha kita selama ini mendapat keredhaan daripada Allah..Ameen..(~_^)

3 comments:

cahaya_solehah said...

amalan selama 10 tahun or 20 tahun?

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

NOR NAJWA MOHAMED said...

umur baligh 10 tahun..

Kembara Sufi said...

buat kak lang,
walaupun kak lang kecil, tapi semoga jiwa kak lang setinggi gunung.
Umur yang bertambah semoga menjadi peringatan kepada kita semua.
sayang kak lang forever :)
semoga kak lang tabah mengharungi cabaran-cabaran mendatang :)