Thursday, May 15, 2008

TRiP ke PuSaT PeNgAjIaN LuAr UM

Bismillahirrahmanirrahim…tanggal 3 May 2008 menambahkan lagi koleksi-koleksi dan pengalaman baru yang dapat kukutip dalam hidupku.Semua pelajar Sciences yang mengambil BIO LAB I diwajibkan untuk mengikuti Ecology Trip ke Pusat Pengajian Luar yang btmpat di Ulu Gombak.
Bas UIA yang kami naiki bertolak keluar dari CFS lebih kurang pukul 8.10 pagi.Bangunan pencakar langit menghiasi pemandangan kami sepanjang perjalanan menuju ke sana.

Tak lama kemudian kami mula memasuki kawasan hutan yang menghijau dan berbukit-bukit.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam bagaikan tak terasa tatkala melihat keindahan alam sekitar di sekeliling pusat pengajian terbabit..bunyi kicauan burung bersahutan dan deruan air sungai bagaikan menggamit lagi kedatangan kami ke sana..ditambah pula dengan udara pagi yang nyaman dan segar serta flora dan fauna yang terpelihara membuatkan diriku tidak sabar-sabar lagi hendak menjelajah khazanah alam ciptaan Allah itu…

Kami disuruh bersarapan dengan mihun dan air teh sejurus tibanya di sana.kemudian kami dibahagikan mengikut group lab untuk memudahkan aktiviti di sana.Kemudian Brother Azril memberi sedikit briefing tntg module2 yg bakal kami lakukan sehari di sana.

“LEAF LITTER” merupakan aktiviti pertama yang kami lakukan di sana.
Sebelum memasuki hutan, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyembur racun serangga di sekeliling kasut dan stokin kami..ini kerana untuk mengelakkan daripada digigit “abang nyamuk” n “pak cat”..=)

Mula- mula sekali kami disuruh memasuki hutan untuk mencari mikroorganisma yang hidup di bawah daun2 reput.

“Cara nak kutip sesampah nie ada caranya…don’t take the big one..just take the small one under it..amik sesampah yang lembap 2..just use your hand okay..jangan pulak kamu geli nak amik daun2 lembap2 sbb pada daun2 macam nielah byk microorganisma..” panjang lebar fasi kami “Brother Yun” memberi keterangan tentang teknik2 mengaut sesampah dari lantai hutan..

Ketika kami asyik memasukkan sesampah ke dalam plastik ,seorang daripada kawan kami terjerit kezutan kerana terpegang tahi..huhu

“Hahh…jangan kamu geli ,sbb selagi kamu tak pegang n tgk sndiri tahi 2 kamu takkan tahu macam mana taun tu..kalau kamu nak tahu nielah taun..”sayup2 aku terdengar penjelasan Broter Yun kepada kawanku tidak jauh dari tmpt group kami mengaut sesampah..

Sejurus selepas itu kami kembali ke lab untuk mengasingkan mikroorganisma dari sesampah tadi..
“Di sana kamu dapat lihat "corong tullgeran"..masukkan sesampah yang kamu kutip tadi ke dalam corong, kemudian nanti tengahari karang datang balik tgk apa yang ada dalam botol berisi alcohol nie..”Kata brother Yun sambil mengunjukkan botol yang terdapat kat bawah corong tullgeran itu….kata brother yun lagi," Mikroorganisma nie tak suka tmpat panas n cerah..so bila kita halakan haba n cahaya kat sesampah2, mereka akan cari jalan keluar untuk lari dari kawasan tersebut,akhirnya ia akan jatuh ke dalam botol ynag kita sediakan kat bawah corong tullgeran .

Kami menjamu selera dengan nasi goreng ayam dan air sirap batu.Riak-riak keletihan dan kekeyangan jelas terpamer pada wajah sahabat-sahabatku selepas menikmati hidangan tengah hari.Selepas khidmat diri dan solat zohor, kami berehat seketika untuk mengumpul tenaga kembali..

Keadaan langit yang mendung pada ketika itu membuatkan hatiku risau,takut-takut hujan akan turun..jadi kami tak dapat turun sungai..Tekaanku tepat sekali kerana selepas itu,hujan turun dengan lebatnya disertai dengan dentuman guruh dan panahan kilat.

Melihatkan keadaan itu, aktiviti kami terpaksa ditangguhkan untuk menunggu hujan reda dan sambil2 ana mencuci mata dengan melihat keagungan ciptaan tuhan yang masih banyak belum diterokai di sekeliling kami….
Tak lama kemudian hujan reda dan kami bersiap-siap untuk meneruskan kembali aktiviti yang tergendala dek hujan tadi.

Sebelum meneruskan module ke-2 "Quality Water Assessment",Fasi kami,kak Hani memberi sedikit sebanyak penerangan tentang precautions step,peralatan yang perlu dibawa dan apa yang bakal kami lakukan di sana.Apabila sampai di pinggir sungai,beliau menyuruh kami menunggu seketika waktu lagi bagi memastikan kedalaman air sungai itu selamat untuk kami redahi.

Kami merasa tak sabar-sabar nak memasuki sungai yang kelihatan jernih itu.
Kesejukan air sungai jelas terasa apabila berada dalam sungai terbabit…
Takat kedalaman sungai pada pahaku .Seterusnya, aku mencari tempat-tempat yang tersorok seperti di celah-celah batu,tebing sungai dan tepi batang kayu yang reput di mana serengga suka bersembunyi.

Setelah meletakkan "aquatik net" di dalam sungai,aku menolak sesampah ke dalamnya dengan menggunakan kakiku..kemudian sesampah tadi dicurahkan ke dalam trail yang mengandungi sedikit air sungai..dari situ kita dapat melihat dengan lebih jelas lagi bahagian di sekitar daun-daun reput itu.

"Mana forceps?Cepat!Cepat! Tanya Aiman yang kelihatan begitu bersemangat dari tadi nak mencari serengga...hehe

"haa..tu "water strider"..mana botol nak letak nie.."..nie tak ingat lak dialog sape..huhu tapi yang pasti kami semua bersemangat masa buat aktiviti nie..(^-^)

Setelah banyak tangkapan yang kami dapat seperti udang,ketam,ikan,dan "mayfly" ,fasi kami mengarahkan kami pulang untuk melakukan "sorting".Di dalam lab kami masing-masing keletihan dan terjelepok di atas kerusi depan makmal.Hanya Nadia kutengok khusyuk menyalin nota yang diterangkan Kak Hani kerana kami dikehendaki membuat report apabila pulang nanti..

Sewaktu melakukan "sorting",kami begitu takjub melihat insang yang masih bergerak dengan kadar yang masih laju di bawah "dissecting microscope".Selain itu struktur-struktur badan serangga juga dapat dilihat dengan jelas..Setelah selesai "sorting",kami membasuh apparatus yang telah digunakan..

Sebelum pulang,semua peserta bergambar beramai-ramai di hadapan pusat penyelidiakn tersebut..Walaupun hanya sehari di sana,trip ini telah meninggalkan banyak kenangan manis dalam diriku..tepat jam 6 petang,kami semua bertolak balik ke CFS..ALHAMDULILLAH







No comments: