Thursday, May 15, 2008

TRiP ke PuSaT PeNgAjIaN LuAr UM

Bismillahirrahmanirrahim…tanggal 3 May 2008 menambahkan lagi koleksi-koleksi dan pengalaman baru yang dapat kukutip dalam hidupku.Semua pelajar Sciences yang mengambil BIO LAB I diwajibkan untuk mengikuti Ecology Trip ke Pusat Pengajian Luar yang btmpat di Ulu Gombak.
Bas UIA yang kami naiki bertolak keluar dari CFS lebih kurang pukul 8.10 pagi.Bangunan pencakar langit menghiasi pemandangan kami sepanjang perjalanan menuju ke sana.

Tak lama kemudian kami mula memasuki kawasan hutan yang menghijau dan berbukit-bukit.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam bagaikan tak terasa tatkala melihat keindahan alam sekitar di sekeliling pusat pengajian terbabit..bunyi kicauan burung bersahutan dan deruan air sungai bagaikan menggamit lagi kedatangan kami ke sana..ditambah pula dengan udara pagi yang nyaman dan segar serta flora dan fauna yang terpelihara membuatkan diriku tidak sabar-sabar lagi hendak menjelajah khazanah alam ciptaan Allah itu…

Kami disuruh bersarapan dengan mihun dan air teh sejurus tibanya di sana.kemudian kami dibahagikan mengikut group lab untuk memudahkan aktiviti di sana.Kemudian Brother Azril memberi sedikit briefing tntg module2 yg bakal kami lakukan sehari di sana.

“LEAF LITTER” merupakan aktiviti pertama yang kami lakukan di sana.
Sebelum memasuki hutan, kami telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyembur racun serangga di sekeliling kasut dan stokin kami..ini kerana untuk mengelakkan daripada digigit “abang nyamuk” n “pak cat”..=)

Mula- mula sekali kami disuruh memasuki hutan untuk mencari mikroorganisma yang hidup di bawah daun2 reput.

“Cara nak kutip sesampah nie ada caranya…don’t take the big one..just take the small one under it..amik sesampah yang lembap 2..just use your hand okay..jangan pulak kamu geli nak amik daun2 lembap2 sbb pada daun2 macam nielah byk microorganisma..” panjang lebar fasi kami “Brother Yun” memberi keterangan tentang teknik2 mengaut sesampah dari lantai hutan..

Ketika kami asyik memasukkan sesampah ke dalam plastik ,seorang daripada kawan kami terjerit kezutan kerana terpegang tahi..huhu

“Hahh…jangan kamu geli ,sbb selagi kamu tak pegang n tgk sndiri tahi 2 kamu takkan tahu macam mana taun tu..kalau kamu nak tahu nielah taun..”sayup2 aku terdengar penjelasan Broter Yun kepada kawanku tidak jauh dari tmpt group kami mengaut sesampah..

Sejurus selepas itu kami kembali ke lab untuk mengasingkan mikroorganisma dari sesampah tadi..
“Di sana kamu dapat lihat "corong tullgeran"..masukkan sesampah yang kamu kutip tadi ke dalam corong, kemudian nanti tengahari karang datang balik tgk apa yang ada dalam botol berisi alcohol nie..”Kata brother Yun sambil mengunjukkan botol yang terdapat kat bawah corong tullgeran itu….kata brother yun lagi," Mikroorganisma nie tak suka tmpat panas n cerah..so bila kita halakan haba n cahaya kat sesampah2, mereka akan cari jalan keluar untuk lari dari kawasan tersebut,akhirnya ia akan jatuh ke dalam botol ynag kita sediakan kat bawah corong tullgeran .

Kami menjamu selera dengan nasi goreng ayam dan air sirap batu.Riak-riak keletihan dan kekeyangan jelas terpamer pada wajah sahabat-sahabatku selepas menikmati hidangan tengah hari.Selepas khidmat diri dan solat zohor, kami berehat seketika untuk mengumpul tenaga kembali..

Keadaan langit yang mendung pada ketika itu membuatkan hatiku risau,takut-takut hujan akan turun..jadi kami tak dapat turun sungai..Tekaanku tepat sekali kerana selepas itu,hujan turun dengan lebatnya disertai dengan dentuman guruh dan panahan kilat.

Melihatkan keadaan itu, aktiviti kami terpaksa ditangguhkan untuk menunggu hujan reda dan sambil2 ana mencuci mata dengan melihat keagungan ciptaan tuhan yang masih banyak belum diterokai di sekeliling kami….
Tak lama kemudian hujan reda dan kami bersiap-siap untuk meneruskan kembali aktiviti yang tergendala dek hujan tadi.

Sebelum meneruskan module ke-2 "Quality Water Assessment",Fasi kami,kak Hani memberi sedikit sebanyak penerangan tentang precautions step,peralatan yang perlu dibawa dan apa yang bakal kami lakukan di sana.Apabila sampai di pinggir sungai,beliau menyuruh kami menunggu seketika waktu lagi bagi memastikan kedalaman air sungai itu selamat untuk kami redahi.

Kami merasa tak sabar-sabar nak memasuki sungai yang kelihatan jernih itu.
Kesejukan air sungai jelas terasa apabila berada dalam sungai terbabit…
Takat kedalaman sungai pada pahaku .Seterusnya, aku mencari tempat-tempat yang tersorok seperti di celah-celah batu,tebing sungai dan tepi batang kayu yang reput di mana serengga suka bersembunyi.

Setelah meletakkan "aquatik net" di dalam sungai,aku menolak sesampah ke dalamnya dengan menggunakan kakiku..kemudian sesampah tadi dicurahkan ke dalam trail yang mengandungi sedikit air sungai..dari situ kita dapat melihat dengan lebih jelas lagi bahagian di sekitar daun-daun reput itu.

"Mana forceps?Cepat!Cepat! Tanya Aiman yang kelihatan begitu bersemangat dari tadi nak mencari serengga...hehe

"haa..tu "water strider"..mana botol nak letak nie.."..nie tak ingat lak dialog sape..huhu tapi yang pasti kami semua bersemangat masa buat aktiviti nie..(^-^)

Setelah banyak tangkapan yang kami dapat seperti udang,ketam,ikan,dan "mayfly" ,fasi kami mengarahkan kami pulang untuk melakukan "sorting".Di dalam lab kami masing-masing keletihan dan terjelepok di atas kerusi depan makmal.Hanya Nadia kutengok khusyuk menyalin nota yang diterangkan Kak Hani kerana kami dikehendaki membuat report apabila pulang nanti..

Sewaktu melakukan "sorting",kami begitu takjub melihat insang yang masih bergerak dengan kadar yang masih laju di bawah "dissecting microscope".Selain itu struktur-struktur badan serangga juga dapat dilihat dengan jelas..Setelah selesai "sorting",kami membasuh apparatus yang telah digunakan..

Sebelum pulang,semua peserta bergambar beramai-ramai di hadapan pusat penyelidiakn tersebut..Walaupun hanya sehari di sana,trip ini telah meninggalkan banyak kenangan manis dalam diriku..tepat jam 6 petang,kami semua bertolak balik ke CFS..ALHAMDULILLAH







Monday, May 12, 2008

ISTIGHFAR KEPADA ALLAH


Istighfar,kalimah yang sangat pendek,tapi memiliki makna yang sangat dahsyat,sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.Istighfar memiliki dua makna.

Pertama,setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahala’zim, bererti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita. Semakin kerap kita beristighfar maka semakin bersih diri kita daripada dosa, kesalahan dan aib-aib. Kerana Allah sangat menyukai hambaNya yang selalu beristighfar..

Kedua,setiap kali kita mengucapkan astaghfirullahl’azim, beerti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlak kita mulia.

Kalau ditengok balik fitrah kejadian sebagai seorang manusia, memang takkan dapat lari daripada berbuat dosa.Ana teringat ustaz Nasaruddin pernah cakap semasa mengajar subjek BTQ suatu ketika dahulu "setiap hari kita mesti akan melakukan kesalahan tak kira sama ada di bawah kesedaran kita atau tidak…tanpa disengajakan atau tak..tak kiralah ke atas orang lain ataupun terhadap diri kita sendiri.."

Apabila ana fikir balik, memang betul pun.Mungkin tanpa disedari kita tidak berlaku adil terhadap diri kita , contohnya dari segi pengabdian diri kita kepada Allah dan tanggungjawab kita sebagai khalifah..


sesungguhnya semua benda yang ada di atas dunia ini adalah pinjaman dari yang Maha Kuasa..apabila kita diberi amanah untuk menjaganya,maka wajiblah ke atas diri kita untuk menjaga harta tersebut dengan sebaik-baiknya kerana kelak kita akan disoal kembali tentang tanggungjawab kita ke atas amanah itu.sama ada amanah itu telah dijalankan dengan sebaik2nya atau sebaliknya..kedua2 akan mendapat ganjaran dan balasan dari Allah S.W.T

Subhanallah.Satu ucapan tetapi memilki dua keinginan.Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang sungguh-sungguh istighfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkat, semakin membawa kebaikan dan perbaikan, semakin tenang, bahagia dan menyenangkan di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah bersabda, “
Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah is duga.

ana ingin menyeru diri ana sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat sekalian supaya jadikanlah kalimah istighfar ini sentiasa meniti di bibir tak kira masa dan ketika.. Insya Allah diampunkan dosa kita dan dipermudahkan jalan untuk menyampaikan dakwah

Dalam surah nuh ayat 10,11,12,Allah berfirman,

maksudnya:

“Beristighfarlah kepada tuhanmu,Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun..Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,dan membanyakkan harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (di dalamnya)sungai-sungai.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajipan,tapi menjadi kewajipan ke atas diri kita yang selalu melakukan dosa ini. Sebab itulah Rasulullah S.A.W tidak akan bangun dari tempat tidur baginda,kecuali beliau beristighfar 70 X, dalam hadis lain 100 X.Walaupun baginda seorang yang ma’sum dan dijamin masuk syuga,bebas dari dosa,(api neraka) tapi begitu hebat (istighfarnya kepada Allah..Apalagi kita yang banyak berdosa.

WALLAHUA'LAM

DIEDIT DAN DIPETIK DARI:
DIARI MUSLIMAH 2008