Monday, November 23, 2009

~PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS~

Assalamuaalaikum..

sudah lama blog nie tidak diupdate..susahnya nak istiqamah..
Hari nie saya nak berkongsi satu artikel berkenaan IKHLAS ...selamat menghayati..=)


Orang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.Demikian kata-kata hukama yang menerjah ruang fikirku.Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan..bisik hati kepada diri sendiri.

Justeru mata , telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih terangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandanng.terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.

Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi Allah yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pun akhirnya akan memandamg sinis dan loya dengan "aku"mu .

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum'ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa..
Walau tanpa sesiapa di mata tetapi hati masih menharapkan amal yang konoNnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.

Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.Ah, hebatnya dia!Begitu kata sanjungan yang dijunjung.pada ketika itu hati pun berbunga. Aduh, Sum'ah lebih dahsyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya , menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya....ujub!Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ni bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. betulkah aku?Alangkah hebatnya.Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum'ah.

Bukan mudah utk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana Allah..itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana Allah..itu pun tidak ikhlas.

Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain Allah. Ya Allah , aku benar-benar pasrah.
Perjuangan untuk ikhlas untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.Bantu aku menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sebelum terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Ikhlas atau tidak tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yang menati masa untuk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya , "Tuan , bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada kata-kata yang kotor dan sia-sia."

Teringat pula apa yang ditanyakan oleh Abu Hurairah kepada Nabi Muhammad S.A.W. tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi mencuri. Lalu Rasulullah S.A.W menegaskan solat orang itu lambat laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.

Jadi jika dirimu masih melakukan kejahatan , ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan .
Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan lambat cepat akan menghapuskan kejahatan,

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam. Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba Allah yang berhak untuk melalui jalan menujuNya.



Ketika aku keliru, tunjukkanlah.

Ketika aku lemah, perkukuhkanlah,

Ketika alpa ingatkanlah.

Hanya Dikaau wahai Allah yang berhak memilih siapa yang berhak dianugerahi RAHSIA IKHLAS itu.

Padaku hanya tadbir..padaMu segala takdir.

bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdirMu.


PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS...AMEEN




SUMBER
MjLh ANIS NOV 09

Sunday, November 1, 2009

LINGKARAN BULAN?

Sedang kutermenung melihat gelagat dua ekor burung dari tingkap compartmentku, teringat peristiwa semalam apabila abngku menyuruh melihat bulan melalaui YM..

“WA, dok mano2?”

“Kat cf sis”

“Tgk bulan jap.saem dok meseh suh tgk ada lingkaran kat bulan.
Kat kom nie x napok.”


“k. jap”



SUBHANALLAH..apakah tanda ini? Malam ini bulan purnama..di sekelilingnya terdapat satu lingkaran yang sangat besar yang belum pernah kunampak sebelum ini. Satu lagi tanda kekuasaan Allah yang dijaharkan kepada kita.

Hatiku terus tertanya apakah tanda ini? Lalu kutanyakan pada ummiku yang menelefonku menceritakan hal yang sama..Lalu ummiku menjawab, KEKUASAAN ALLAH..

Betul, Allah itu maha Agung lagi Maha Berkuasa. .hatiku diulik dengan perasaan kagum dan berasa kerdil dengan kekuasaan Allah..Siapalah kita sebagai hambanya yang hina dina ini ingin melawan hukum alam yang telah ditetapkan olehnya sejak azali lagi.

Tapi diriku hairan melihat gelagat-gelagat umat manusia pada zaman sekarang. Penuh dengan kealpaan..termasuk diri penulis sendiri..


Ya Allah selamatkanlah negaraku daripada segala bencana bahaya,

Ambillah nyawaku bilamana aku berada dalam ketaatan kepadaMu.
Peganglah hatiku ketika mana aku kuat dan lemah Ya Allah..

Janganlah Engkau matikan aku ketika aku berada dalam kelalaian..

Berikanlah kejayaan kepadaku di dunia dan akhirat..AMEEN..