Friday, August 28, 2009

TAMADUN ISLAM ( siri 1 )

KERAJAAN UMAYYAH

Tahukah sahabat-sahabat semua bahawa Kerajaan umayyah mengambil nama nya daripada seorang pemimpin Quraish yang kaya dan berpengaruh serta pengasas kerajaan Umayyah iaitu Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab

Pengenalan

-Kerajaan Umayyah merupakan kerajaan yang mula-mula ditubuhkan selepas zaman khulafa Ar-rasyidin berakhir.

-Penubuhan kerajaan Umayyah menjadi satu titik permulaan bermulanya sistem warisan ( waraasatul mulk ) dan sistem monarki.Di samping itu ia juga menjadi penyebab lenyapnya pemilihan khalifah berdasarkan sistem syura dan sistem demokrasi.

-Kerajaan Bani Umayyah dapat dibahagikan kepada 3 tahap iaitu:

* zaman kelahiran (661-705 M)
* zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M)
* zaman kehancuran (724-750 M).

Proses penubuhan kerajaan Umayyah

-Muaawiyah bin Abu Sufian menjadi Gabenor syiria di bawah pemerintahan Khalifah ketiga Islam ..Saidina Usman Bin Affan

-Pada tahun 35 hijrah Kota Madinah dilanda krisis politik yang hebat menyebabkan tercetusnya pemberontakan menentang kerajaan

-khalifah Usman Bin Affan dibunuh pemberontak

-Saidina Ali Bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang baru

-Pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah tidak diiktiraf oleh Muaawiyah kerana mengesyaki beliau terlibat dalam pembunuhan Saindina Usman

-Muaawiyah menentang pelantikan Saidina Ali

- Perundingan antara kedua belah pihak dipersetujui

-Pengikut Saidina Ali melihat rundingan tersebut sebagai tidak adil

-Empayar islam berpecah

-Saidina Ali dibunuh
-Anak Saidina Ali iaitu saidina Hassan menjadi khalifah tetapi akhirnya beliau menyerahkan jawatan kepada Muaawiyah sebagai khalifah seluruh empayar islam untuk untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan dengan harapan Muaawiyah dapat menyatukan umat Islam pada zaman itu.

-Tertubuhnya kerajaan bani Umayyah

-Pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik

GOLONGAN PEMERINTAH

Golongan pemerintah banyak diterajui oleh 2 keluarga iaitu Keluarga Abu Sufian dan keluarga Marwan.

• Muawiyah ibni Abu Sufyan, 661-680
• Yazid Ibni Muawiyah, 680-683
• Muawiyah ibni Yazid, 683-684
• Marwan ibni Hakam, 684-685
• Abdul Malik ibni Marwan, 685-705
• Walid ibni Abd al-Malik, 705-715
• Sulaiman ibni Abd al-Malik, 715-717
• Umar Bin abdul aziz 717-720
• Yazid ibni Abd al-Malik, 720-724
• Hisham ibni Abd al-Malik, 724-743
• al-Walid II ibni Yazid II, 743-744
• Yazid III ibni al-Walid, 744
• Ibrahim ibni al-Walid, 744
• Marwan II ibni Muhammad, 744-750

Sesungguhnya ramai antara kita yang mengetahui sejarah , Namun berapa ramaikah yang mengetahui sejarah - sejarah tamdun Islam ..dan berapa keratkah yang belajar daripada peristiwa sejarah itu sendiri?

Persoalan ditujukan khusus buat penulis sendiri...

Wallahu'a'lam..